5 Makanan “SIHAT” Yang Sebenarnya Tidak

Kongsikan di
Kita dah berhati-hati dalam pemilihan dan makanan seharian kita. Selalunya pilih yang tinggi bijirin atau yang berlabelkan makanan kesihatan. Tapi, tahukah anda yang banyak makanan dan minuman yang nampak sangat sihat tapi sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.
Malah, ada di antaranya tidak bagus langsung untuk kesihatan, apatah lagi dalam membantu kita untuk kurus.
Jangan hanya melihat kepada label makanan atau minuman yang akan dibeli, tapi perlu beri perhatian khsus kepada kandungan makanan.

5 Makanan Yang Sebenarnya Tidak Sihat

#1: Minuman Tenaga


tips kurus sihat

Walaupun nampak sihat, minuman tenaga selalunya mengandungi sekurang-kurangnya 15 gram gula dan memberikan kita kalori yang tidak diperlukan.
Kita boleh menggantikan dengan jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Untuk lebih berkhasiat, campurkan dengan sayur-sayuran segar.
Namun, air kosong adalah minuman paling sesuai dan pilihan terbaik sepanjang masa. Baik untuk kesihatan, baik untuk kurus.

#2: Granola


breakfast
breakfast
Satu hidangan granola mengandungi hampir 600 kalori dan 20 gram gula. Jadi, ianya sudah pasti kurang sesuai menjadi pilihan sarapan sihat kita. Ini tidak termasuk lagi susu dan yogurt yang disertakan sekali.

#3: Salad


makanan minuman yang sebenarnya tidak sihat - salad

Salad itu sendiri memang bagus tapi tak semestinya rendah kalori. Tambahan mayonis dan dressing lain tanpa disedari telah meningkatkan jumlah kalori.
Jadi, perlu berhati-hati memilih dressing salad tersebut. Sebaik-baiknya jadikan minyak zaitun, perahan lemon, lada hitam dan sedikit garam sebagai penambah perisa semulajadi untuk salad kita. Ia lebih sihat.

#4: Bar Tenaga


SONY DSC

Makanan bar tenaga ni selalunya mengandungi sirap jagung fruktosa yang tinggi, minyak tepu dan tambahan gula serta pelbagai lagi bahan tambahan sintetik yang lain.
Gulp! Bukankah ia tidak sesihat yang kita jangkakan?

#5: Smoothies


tips kurus sihat
Smoothies memang sedap. Rasanya ramai yang suka, termasuk diri saya…hehe
Buah-buahan mempunyai kandungan gula yang tinggi dan apabila dicampur dengan krim atau yogurt, satu minuman tersebut mampu mengandungi lebih 650 kalori.
Jadi, minum smoothies hanya jika terlepas waktu makan kita. Bukan sebagai dessert lepas ambil makanan utama ye 😛

Oleh itu, berhati-hati dalam memilih makanan. Kita ni memang mudah terpengaruh dengan iklan-iklan makanan sihat. Yang paling penting, perhatikan kandungan makanan tersebut. Jangan nak sihat, tapi jadi sebaliknya. Minta dijauhkan-Nya.

Sumber : myliferia.com

loading...

0 Response to "5 Makanan “SIHAT” Yang Sebenarnya Tidak"

Post a Comment