"HATI HATI BELI BUKU HADIS", Dr.MAZA

Kongsikan di

Foto - www.themalaymailonline.com
“Hadis palsu dan batil boleh merosakkan imej agama Islam, umat Islam dan penceramah perlu lebih berhati-hati dengan buku hadis palsu,” jelas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidi semasa menyampaikan ceramah mingguannya di Masjid Alwi.
Beliau menasihatkan umat Islam agar berhati-hati apabila membeli atau membaca buku hadis berkaitan Nabi Muhammad SAW kerana terdapat banyak hadis palsu.
Malah, beliau berkata penyebaran hadis palsu boleh menggugat kefahaman dan memesongkan akidah umat Islam terutamanya golongan yang tidak belajar daripada guru agama yang diiktiraf.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada umat Islam agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat sumber rezeki seperti menjadikannya sebagai pelaris barang jualan.
Ini kerana katanya, laris atau tidak sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti, harga, kebersihan serta doa kepada Allah SWT.
Astro Awani
loading...

0 Response to ""HATI HATI BELI BUKU HADIS", Dr.MAZA"

Post a Comment