ALHAMDULILLAH! JUALAN BUKU ISLAMIK DI PERANCIS MENINGKAT!!

Kongsikan di
image

Jualan buku bercorak Islam di Perancis dilaporkan meningkat walaupun negara itu pernah digemparkan dengan serangan berdarah pada Januari lalu.
Menurut poran Press TV, Pengarah majalah Philosophie, Fabrice Gerschel berkata, bahan bacaan itu termasuk majalah khas yang memfokuskan Al-Quran turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan pembaca di seluruh negara.
“Kebanyakan mereka mahu mendapatkan jawapan yang jelas menerusi sumber sahih berbanding apa yang dipaparkan di media,” jelasnya.
Difahamkan, buku ilmu pengetahuan Islam itu telah terjual tiga kali ganda lebih tinggi dalam tempoh suku pertama 2015 berbanding tahun lalu.
Sebelum ini, Pusat Penyelidikan Pew berpusat di Amerika Syarikat melaporkan Islam akan berkembang dengan lebih pesat berbanding agama utama lain menjelang 2070.
Kira-kira lima juta daripada 66 juta populasi penduduk di Perancis adalah orang Islam. – The Rakyat Post
loading...

0 Response to "ALHAMDULILLAH! JUALAN BUKU ISLAMIK DI PERANCIS MENINGKAT!!"

Post a Comment